KJ bidas lantikan politik dalam GLC

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, isu tersebut akan memberi kesan terhadap pendirian kerajaan yang menolak amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran.

Iklan
Iklan

"Lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sangat berbeza dengan pendirian mereka sebelum ini.

Program tersebut turut menampilkan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengupas lanjut isu lantikan politik yang kini berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Iklan

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, lantikan politik PH di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berbeza semasa Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dalam parti komponen itu.

"Sewaktu PH 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir tidak ada lantikan politik dalam GLC. Tetapi hal tersebut berlaku dalam agensi kerajaan ketika pemerintahan beliau.

Iklan

"Jadi bagi saya semua sama sahaja. Jadi saya tak boleh kata saya menentang lantikan politik sebab saya pernah berada di kedudukan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahril turut mengulas, semasa PH berada di blok pembangkang, terdapat beberapa isu yang akan dibangkitkan terutama jika berkaitan dengan entiti kerajaan.

Tambahnya, hal itu berbeza sekali selepas menjadi kerajaan apabila mereka mengambil pendekatan yang lebih fleksibel.

"Terdapat ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilantik dalam entiti yang berkaitan kerajaan,”katanya.