Kokurikulum: KPM beri kelonggaran pelajar pakai baju sukan

Iklan
Fadhlina (duduk dua dari kanan) beramah mesra bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada majlis perasmian Seminar Membangunkan Malaysia MADANI: Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek pada Selasa. - Foto: Bernama

NILAI - Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menterinya,Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

Iklan
Iklan

"Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan pada Selasa.

Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata, tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu. - Bernama

Iklan
Iklan