Industri tebu akan dibangunkan semula - Rafizi

Iklan
Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Rafizi)

KUALA LUMPUR - Industri tebu di Malaysia akan dibangunkan semula untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya kerajaan dalam perancangan mengenalpasti tanah-tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di Utara Perak bagi tujuan berkenaan.

‘’Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia,’’ beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Pada masa sekarang, keperluan gula negara dipelopori MSM Malaysia Holdings Bhd.

Kapasiti pengeluaran tahunan MSM mencecah 2.05 juta tan gula bertapis pada masa ini dengan 60 peratus bagi memenuhi pasaran domestik. - Bernama

Iklan