[VIDEO] Pemimpin UMNO perlu tumpu pulih imej parti

Iklan
Fathul Bari - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO yang terpilih pada pemilihan kali ini perlu berperanan memulihkan imej parti.

Calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, pemulihan imej parti itu termasuklah memperbetulkan soal tohmahan dan tuduhan terhadap UMNO selama ini.

Iklan
Iklan

"Tugasnya macam mana kita perlu respons semula terhadap tuduhan dan tohmahan tersebut.

"Hari ini secara tak langsung ia terjawab menerusi pendakwaan ke atas beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN), jadi itu salah satu cara.

Iklan

"Tetapi adakah rakyat benar-benar menerima itu sebagai satu perkara yang mencalarkan imej PN?” katanya pada Wacana Siri 388: 'Pemilihan UMNO: Strategi Kembali Berkuasa?' yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin manakala Azlan Shah Nabees Khan bertindak sebagai moderator.

Iklan

Fathul Bari turut menegaskan, pemimpin UMNO perlu berani berhadapan dengan tugas dan cabaran.

"Itu cabaran kita tugas pemimpin UMNO, bukan soal nak memburuk atau cari keaiban orang lain tapi bila kita cakap soal kestabilan, apa yang perlu sekarang ini pemerkasaan apabila kita cakap soal imej parti,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kritikan berhubung pemilihan UMNO yang diadakan sebagai tidak relevan kerana tidak melibatkan dua jawatan tertinggi presiden dan timbalan presiden, beliau berkata, pemilihan parti kena berlaku dan tidak perlu timbul soal relevan atau tidak.

"Cuma ijtihadnya berbeza kerana ada yang berpendapat perlu ada pemilihan parti keseluruhan termasuk presiden dan timbalan presiden dan itu perbezaan pendapat yang berlaku diakhiri dengan perhimpunan khas yang memutuskan bahawasanya tidak perlu dipertandingkan.

"Jelas parti dah buat keputusan, saya sendiri yang menyuarakan untuk dua jawatan tertinggi itu dipertandingkan pada waktu itu, bila parti buat keputusan, it’s done. Kita berbalik pada solidariti keputusan parti,” ujarnya.