Tipu guna nama syarikat: Mahkamah benar saman RM10j Kumpulan Semesta

Iklan

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan saman melalui penghakiman ingkar pembelaan berjumlah RM10 juta yang dikemukakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) terhadap dua pihak berhubung aktiviti pengelirupaan dan penipuan menggunakan nama syarikat itu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab pada 28 Februari lalu.

Iklan
Iklan

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki memerintahkan defendan pertama, Kumpulan Semesta PLT dan defendan ketiga, Muhammad Mohd Khushairi membayar faedah sebanyak lima peratus setahun atas jumlah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Saman RM10 juta Kumpulan Semesta ditolak

Iklan

Pada 16 Mac 2018, KSSB dalam tuntutan terpindanya turut menamakan Adi Lutfi Nor Asikin sebagai defendan kedua dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai defendan ketujuh.

Peguam KSSB, Datuk Kamaruzaman Arif berkata kepada Sinar Harian, pihaknya telah menarik balik tuntutannya terhadap defendan keempat, iaitu KSSB Services PLT, defendan kelima, Norfaizah Isa dan defendan keenam, Omar Omya Dahalan tanpa sebarang perintah terhadap kos.

Iklan

"Ini kerana mereka telah terdahulu membatalkan nama syarikat KSSB Services PLT dan telah disahkan oleh SSM," katanya.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak tuntutannya terhadap Adi Lutfi, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan.

"Kumpulan Semesta akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut," katanya.

Jumaat lalu, mahkamah menolak tuntutan KSSB terhadap defendan kedua atas alasan plaintif gagal memberi keterangan untuk mengaitkan Adi Lutfi dengan kegiatan penipuan dan pengelirupaan oleh Kumpulan Semestaa PLT dan Ketiga, Muhammad.