Town Hall Rakyat edisi kedua bersama Anthony Loke

Iklan
Town Hall Rakyat edisi kedua bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, (Gambar kecil: Nik Justin)

SHAH ALAM - Selepas kejayaan penganjuran sesi pertama, Sinar Harian meneruskan Town Hall Rakyat edisi kedua bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Isnin ini.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, program tersebut akan bermula pada jam 8.30 malam dan bersiaran di Dewan Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat boleh bertanya secara terus kepada Anthony berkenaan langkah-langkah kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam yang sering menjadi topik perbincangan di setiap platform media.

"Edisi kedua ini diadakan berdasarkan reaksi positif dan permintaan yang menggalakkan daripada persatuan penduduk serta komuniti.

Iklan

"Kita anjurkan selang dua minggu selepas edisi pertama dan kita menjangkakan lebih ramai penonton yang hadir untuk sesi ini.

Tambahnya, platform tersebut memberikan peluang kepada masyarakat dan pemain industri seperti e-hailing untuk merungkai persoalan, di samping mendengar langkah-langkah penambahbaikan terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan.

Iklan

Menurut Nik Justin, platform itu penting bagi membincangkan hala tuju sistem pengangkutan awam kerana ia merupakan industri penting yang menyumbang kepada ekonomi negara.

"Edisi kali ini akan lebih menarik. Kita akan mengundang bukan setakat badan bukan kerajaan (NGO), malah agensi berkaitan seperti industri e-hailing, mungkin Grab dan sebagainya.

"Kita ingin mendengar apakah langkah-langkah kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya.

Tambah Nik Justin, pihaknya mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk memeriahkan edisi town hall kedua ini.

"Marilah kita bersama-sama memperkasakan ekonomi pengangkutan,” ujarnya.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hadir sempena program Town Hall Rakyat yang dihoskan oleh pelakon terkenal Azhar Sulaiman di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.