Inter lega mara ke suku akhir Liga Juara-Juara

Iklan
Inzaghi (dua dari kanan) meraikan kejayaan bersama pemain selepas Inter mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. - Foto EPA

KELAB Itali, Inter Milan boleh menarik nafas lega apabila mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad.

Kejayaan itu diraih setelah Inter melepasi halangan Porto selepas terikat tanpa jaringan untuk membawa skuad bimbingan Simeone Inzaghi meraih kemenangan menerusi agregat 1-0.

Iklan
Iklan

Biarpun beraksi di laman sendiri, Stadium Dragao tidak membantu juara Portugal itu memadam defisit tipis daripada aksi pertama di Itali.

Inter yang beraksi penuh disiplin seakan berpuas hati untuk mengekalkan kelebihan satu jaringan mereka dan tidak berdepan cabaran besar sehingga masa tambahan.

Iklan

"Kami mempamerkan aksi yang sangat baik. Mereka kekal berdisiplin hingga hujung perlawanan. Satu penghormatan buat semua pemain," ujar Inzaghi.

Menerusi kejayaan itu, Inter menyertai seteru setempat AC Milan ke suku akhir buat kali pertama sejak 2006.

Iklan

"Dalam bola sepak, nasib juga penting. Pada aksi timbal balik kami layak untuk mara.

"Kami akan beraksi di suku akhir dengan penuh keyakinan," kata Inzaghi.