'Bukan senang nak berlakon dengan suami orang'

Iklan
Ayda Jebat Foto : Instagram

KEBERKESANAN lakonan dan keserasian di antara pelakon Ayda Jebat dan Shukri Yahaya menerusi drama Asalkan Dia Bahagia yang disiarkan di slot Akasia TV3, baru-baru ini dipuji peminat.

Bagaimanapun akui Ayda, di sebalik keberkesanan mereka menjayakan watak suami isteri bernama Adira Imani dan Haris Aryan, sukar sebenarnya untuk berlakon bersama suami orang.

Iklan
Iklan

Tidak menjadikan kesukaran itu sebagai satu halangan, Ayda berkata, dia bersama Shukri serta pengarah sering berbincang di set penggambaran dan berkongsi idea untuk menjadikan drama tersebut berkesan tanpa babak yang keterlaluan.

Ayda Jebat Foto : Instagram

"Sejujurnya bukan senang berlakon dengan suami orang. Nampak kami serasi dan benar-benar menghayati watak. Tapi saya tak jadikan kesukaran itu sebagai satu halangan.

Iklan

"Sekarang ini, saya akan maklum pada pengarah apa yang boleh saya buat dan tidak. Sebolehnya saya tidak mahu lagi mengulang babak-babak mesra yang pernah saya buat dulu seperti berpeluk dan bermesra yang berlebihan.

"Saya sedar, peminat saya kebanyakannya terdiri daripada peminat cilik. Pada usia mereka, segelintirnya hanya tahu mengidolakan selebriti yang mereka suka.

Iklan

"Jadi menjadi tanggungjawab saya untuk memberi contoh yang baik kepada mereka.

"Tapi itu tidaklah bermakna saya letak had dalam lakonan. Saya rasa sesi perkongsian idea itu bagus kerana banyak benda yang kita boleh buat dab paling penting, apa yang kita cuba nak sampaikan difahami penonton," jelasnya.