Piala Dunia 2026 libatkan 104 perlawanan

Iklan
Sebanyak 48 pasukan akan menyertai Piala Dunia 2026.

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Piala Dunia 2026 akan melibatkan 104 perlawanan berbanding 64 perlawanan selepas format asal diubah dengan 48 pasukan akan mengambil bahagian.

Edisi 2026 yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, akan menjadi edisi pertama kejohanan tersebut berlangusng dengan penglibatan 48 pasukan.

Iklan
Iklan

FIFA turut memutuskan format asal untuk peringkat kumpulan dikekalkan dengan empat pasukan dalam satu kumpulan berbanding tiga pasukan seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Secara tradisinya, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan mara ke pusingan 16 terakhir tetapi edisi 2026 juga akan mempunyai lapan pasukan terbaik di tempat ketiga mara ke pusingan 32 pasukan terbaik.

Iklan

"Format yang disemak semula mengurangkan risiko dan memastikan semua pasukan bermain sekurang-kurangnya tiga perlawanan, sambil menyediakan masa rehat yang seimbang antara pasukan yang bersaing," kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, setiap kejohanan Piala Dunia melibatkan 32 pasukan dan yang mara ke perlawanan akhir akan bermain tujuh perlawanan secara keseluruhan.

Iklan

Untuk edisi bermula 2026, pasukan yang berjaya sehingga ke perlawanan akhir akan bermain sebanyak lapan perlawanan keseluruhan.