'Tidak bersalah' selepas dipenjara hampir 35 tahun

Iklan
Holmes menangis kegembiraan selepas hakim menggugurkan tuduhan ke atasnya. - Foto Agensi

TALLAHASSEE - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang telah meringkuk di dalam penjara selama lebih tiga dekad akhirnya dibebaskan pada Isnin selepas tuduhan rompakan bersenjata ke atasnya digugurkan.

Sidney Holmes, 57, dihukum penjara 400 tahun selepas disabit bersalah pada April 1989 atas kes jenayah tersebut yang berlaku setahun sebelum itu.

Iklan
Iklan

"Kita mempunyai satu peraturan di sini iaitu sentiasa lakukan perkara yang betul. Sebagai pendakwa raya, satu-satunya agenda kami adalah untuk mempromosikan keselamatan awam dalam komuniti dan memastikan keadilan ditegakkan.

"Saya memuji mangsa, saksi dan anggota penguatkuasa undang-undang atas kerjasama mereka untuk membantu siasatan semula kes ini yang terjadi lebih 34 tahun lalu," kata Peguam Negara Boward, Harold F Pryor.

Iklan

Sejurus keputusan itu dibuat Hakim Edward Merrigan di Kompleks Kehakiman Fort Lauderdale di Florida, Holmes dilihat menangis kegembiraan dan turut disambut keluarganya.

Sebelum ini, Holmes yang ketika itu berusia 23 tahun disabit bersalah kerana didakwa menjadi pemandu kepada dua lelaki bersenjata yang tidak dikenal pasti dalam kejadian rompakan pada Jun 1988.

Iklan

Pada 2020, dia menghubungi Unit Semakan Sabitan Peguam Negara (CRU) untuk menyatakan dirinya tidak bersalah.

CRU kemudiannya memutuskan untuk melancarkan siasatan semula dan mendapati berlaku kekeliruan melibatkan kereta dipandu oleh Holmes dengan kenderaan sebenar milik perompak pada masa itu.

Berdasarkan laporan siasatan semula selama dua tahun setengah itu, lima daripada enam panel bebas sebulat suara mengundi Holmes tidak bersalah dan tuduhan ke atasnya perlu digugurkan serta-merta. - Agensi