Pasangan suami isteri sorok baju dicuri dalam 'stroller'

Iklan
Gambar hiasan

SEREMBAN – Tindakan pasangan suami isteri yang menyorokkan baju kurung bernilai lebih RM1,300 dalam kereta sorong bayi yang dibawa, berjaya dikesan pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Seremban 2 di sini, semalam.

Gelagat pasangan dianggarkan berusia 30-an itu diperhatikan pengawal tersebut lebih 15 minit, sebelum mereka menuju ke kaunter dan membuat pembayaran.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pasangan itu hanya membayar makanan diambil dan terus berlalu meninggalkan premis seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.

Menurut sumber, kejadian disedari pengawal keselamatan lelaki yang mendapati pasangan terbabit berada dalam keadaan mencurigakan di bilik persalinan pakaian wanita.

Iklan

"Pengawal itu kemudiannya mengikut pasangan tersebut sehingga ke kaunter bayaran, namun mereka hanya membayar makanan yang diambil dan berlalu pergi.

"Sebaik mereka keluar daripada premis itu, pengawal tersebut menahan mereka dan membuat pemeriksaan lanjut, sebelum menjumpai baju yang disorok dalam kereta sorong bayi,” katanya.

Iklan

Menurutnya, pasangan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.