Islamofobia, keganasan mesti ditolak - Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak.

Bagi mencapai tujuan itu, beliau berkata, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif.

Iklan
Iklan

"Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia pada 15 Mac.

"Ini bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia,” katanya dalam catatan di Facebook, pada Rabu.

Iklan

Anwar berkata, umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan dalam masa terdekat.

Justeru, beliau mengajak rakyat supaya mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia Madani dan menolak ideologi ekstremis dalam menyambut bulan mulia itu. - Bernama

Iklan