PRN Kelantan: BN janji selesai isu air dalam lima tahun

Iklan
Ahmad Zahid

KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyelesaikan isu air dalam masa lima tahun jika dipilih oleh rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, masalah bekalan air menjadi kewajipan utama untuk diselesaikan jika diberi mandat.

Iklan
Iklan

"Manakala dasar baik kerajaan negeri sebelum ini kita akan teruskan.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sini.

Iklan

Menurut beliau, pengundi Kelantan perlu berani membuat keputusan dengan memberi peluang kepada BN untuk membuktikan kemampuan yang lebih baik.

Ujarnya, rakyat Kelantan tidak boleh dimangsakan lagi dengan masalah bekalan air keruh.

Iklan

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak bersetuju menjadikan takdir sebagai alasan untuk menutup kelemahan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

"Sebagai kerajaan kena berusaha beri air bersih kepada rakyat," katanya.