Calon PRN diteliti selepas selesai pemilihan UMNO

Iklan
Ahmad Zahid manyantuni perwakilan yang hadir pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan pada Rabu.

KOTA BHARU - UMNO akan meneliti calon yang akan diketengahkan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti selesai sepenuhnya pada Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penelitian itu merangkumi tokoh yang menang dalam perebutan jawatan Pemuda, Puteri dan Wanita selain Ketua Bahagian.

Iklan
Iklan

"Ini adalah satu penilaian yang kita buat berdasarkan kepada keboleh menang calon pada PRN itu nanti.

"Kita gariskan tiga perkara iaitu boleh menang, disukai dan diterima semua peringkat," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan, pada Rabu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kepimpinan baharu nanti diharap dapat mengukuhkan lagi kekuatan UMNO di sini.

"Saya mahu memberikan kuasa kepada Timbalan Presiden, Naib Presiden serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menterjemahkan pelaksanaan 21 langkah itu," katanya.

Iklan

Ahmad Zahid memberitahu, indeks penilaian prestasi (KPI) bukan hanya diukur dari segi jumlah tepukan orang yang hadir tetapi berdasarkan kepada keberhasilan tokoh.

Tambahnya, ukuran tersebut bukan berdasarkan persepsi tetapi mesti dilakukan secara betul. S

"Sebagai orang politik kita lihat bahawa keboleh terimaan khalayak atau akar umbi kepada seseorang itu penting.

"Bukan hanya yang pandai menimbulkan dan menjawab isu sahaja, tetapi mesti bersama kepimpinan melakukan perubahan dan memperkasakan parti bagi menggamit semula orang Melayu khususnya pada UMNO," ujarnya.