Peniaga hilang ketika daki Bukit Beruang

Iklan
Laluan mendaki Bukit Beruang ditutup dengan pita kuning selepas operasi SAR mencari Tan Kim Huat (gambar kecil) dilancarkan sejak malam Selasa.

MELAKA - Seorang peniaga dilaporkan hilang selepas dipercayai mendaki Bukit Beruang di sini, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patut berkata, laporan mengenai kehilangan Steven Tan Kim Huat, 45, telah dibuat abang iparnya di Balai Polis Ayer Keroh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dipercayai sesat setelah tidak pulang ke rumah sejak keluar mendaki Bukit Beruang kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya, pengadu yang turut mencari mangsa di kawasan sekitar telah menemui kenderaan milik mangsa dalam keadaan baik di parkir permulaan kawasan Bukit Beruang.

Iklan

"Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan pada jam 9.50 malam tadi membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan kakitangan Jabatan Perhutanan Melaka.

Ahli keluarga mangsa turut berada di kawasan SAR Bukit Beruang.

"Usaha mencari bermula dengan membuat pencarian di check point tiga dan empat namun sehingga jam 2 pagi, usaha mencari dan menyelamat gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, usaha pencarian kemudiannya diteruskan pada Rabu seawal jam 7 pagi dengan membabitkan seramai 43 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

"Namun sehingga kini orang hilang tersebut masih belum ditemui.

"Orang ramai yang menjumpai mangsa boleh menghubungi talian hotline IPD Melaka Tengah 06-2841999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.