AEON BiG (M) Sdn Bhd menaja sebanyak 300 anak pokok dari spesies buah dan pokok hutan untuk dimanfaatkan dari sudut ekonomi kepada masyarakat Orang Asli dalam Majlis Penanaman Pokok di Perkampungan Orang Asli Batu 12, di Gombak, pada Rabu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan program itu bertepatan dengan salah satu rukun Malaysia MADANI iaitu Kemampanan, yang mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan dengan pengertian saling menghormati serta mengasihi sesama manusia dan alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan.
"Kami di NRECC memberi sokongan kepada program AEON BiG dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR), dengan masyarakat Orang Asli melalui penanaman pokok.
"Penglibatan Orang Asli ini amat penting kerana mereka boleh dikatakan hidup secara harmoni bersama alam sekitar, menggunakan sumber semula jadi sebaik mungkin dengan impak yang minimum.
"Itu perkara yang kita perlu belajar dari masyarakat Orang Asli selain mahu memastikan bukan hanya dapat mewarisi satu negara sebaliknya planet yang lebih baik untuk anak-anak," katanya ketika sidang media selepas pelancaran Majlis Penanaman Pokok, di Dewan Serba guna Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa).
Tambah Nik Nazmi, selain pihaknya dan AEON BiG, majlis itu turut melibatkan Jakoa di peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Kita juga adakan kerjasama dengan Jungle School Gombak, iaitu organisasi yang banyak membantu Orang Asli melalui perkongsian pengetahuan, budaya dan kepakaran.
Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam misi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
Ujarnya, melalui program itu, AEON BiG juga dapat berkongsi manfaat hasil bumi untuk masyarakat Orang Asli merangsang ekonomi negara dan meneruskan kehidupan harian mereka.
Dalam perkembangan sama, AEON BiG turut menyumbang sebanyak 10 buah Bakul Rahmah, yang terdiri daripada barangan keperluan harian bernilai RM50 setiap satu kepada 10 keluarga orang asli yang terlibat.
"Itu perkara yang kita perlu belajar dari masyarakat Orang Asli selain mahu memastikan bukan hanya dapat mewarisi satu negara sebaliknya planet yang lebih baik untuk anak-anak," katanya ketika sidang media selepas pelancaran Majlis Penanaman Pokok, di Dewan Serbaguna Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA).
Tambah Nik Nazmi, selain pihaknya dan AEON BiG, majlis itu turut melibatkan JAKOA di peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
"Kita juga adakan kerjasama dengan Jungle School Gombak, iaitu organisasi yang banyak membantu Orang Asli melalui perkongsian pengetahuan, budaya dan kepakaran.
"Selain itu, seramai 70 orang sukarelawan dari AEON BiG yang menyertai program ini bagi menanam 300 pokok berkenaan, bagaimanapun separuh akan dihantarkan ke kawasan bandar manakala separuh lagi di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam misi tanggungjawab sosial dan alam sekitar.
Ujarnya, melalui program itu, AEON BiG juga dapat berkongsi manfaat hasil bumi untuk masyarakat orang asli merangsang ekonomi negara dan meneruskan kehidupan harian mereka.