Ramadan tak jejas persiapan atlet Sukan SEA - CDM

Iklan
Nasir (tengah) optimis persiapan atlet ke Sukan SEA 2023 berjalan dengan lancar. FOTO: BERNAMA

KETUA Kontinjen (CDM) Malaysia, Datuk Mohd Nasir Ali optimis persiapan atlet negara untuk ke Sukan SEA Kemboja 2023 tidak terjejas menjelang Ramadan minggu depan.

Nasir memberi jaminan ia tidak akan mengganggu program latihan atlet sepanjang bulan puasa yang dijadualkan bermula pada 23 Mac.

Iklan
Iklan

"Kami sangat teruja melihat atlet ini begitu komited dengan latihan mereka. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati melihat persiapan mereka untuk Sukan SEA berjalan dengan baik.

"Ia berdasarkan laporan yang saya terima daripada setiap pegawai sukan.

Iklan

"Kita ada kurang 10 hari lagi sebelum bulan puasa. Memang ada beberapa kekangan dari segi program dan jadual latihan, tetapi jurulatih bersedia untuk membuat pelarasan,” katanya.

Nasir ditemui media ketika melawat pasukan gimnastik, taekwondo, wushu dan sepak takraw di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Iklan

Beliau diiringi timbalannya, Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee.

Temasya dwitahunan itu dijadualkan bermula 5 hingga 17 Mei.

Nasir turut menyifatkan Sukan SEA tahun ini memberi kelebihan kepada atlet yang bertanding pada edisi di Hanoi sebelum ini yang turut diadakan pada Mei

"Saya melihatnya sebagai satu perkara yang baik. Walaupun Sukan SEA Hanoi sudah setahun berlalu, namun saya percaya atlet kita mampu mengekalkan momentum persaingan mereka.

"Mereka hanya perlu merancang latihan dengan betul bagi mencapai kemuncak pada masa yang sesuai. Saya tidak melihat ini sebagai kelemahan, tetapi lebih kepada kelebihan. Atlet baharu perlu menyesuaikan diri,” tambahnya.