HOSPITAL Al Sultan Abdullah muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UiTM Cawangan Selangor (KASSUS) 2023 yang julung kali diadakan melibatkan penyertaan staf di seluruh sistem UiTM Cawangan Selangor (UCS).
Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail berkata, penglibatan lebih 1,000 staf merangkumi pengurusan kontinjen dan atlet bagi program yang diinisiatifkan Unit Sukan UCS itu bermula pada 11 Februari dan melabuhkan tirainya pada 26 Februari.
Iklan
Iklan
"Sebanyak sembilan acara sukan dipertandingkan seperti bola sepak sembilan sebelah, bola jaring, bola tampar, dart, tenis, badminton, pingpong, karom dan petanque.
"UCS juga sedang dalam usaha merangka pelan bagi melaksanakan program-program sukan berbentuk kebersamaan, kemuafakatan, semangat ukhuwah dan kekitaan sekali gus menyasarkan peningkatan indeks keceriaan serta kegembiraan dalam kalangan staf.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah KASSUS 2023 disempurnakan Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr Badrul Isa, bertujuan meraikan kejayaan para atlet dalam kalangan staf yang telah mewakili dan mengharumkan nama jabatan, fakulti dan kolej pengajian dalam acara yang dipertandingkan.
Hospital Al Sultan Abdullah yang muncul juara keseluruhan bagi kejohanan sulung meraih tujuh pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.
Artikel Berkaitan