86,000 murid B40 terima bantuan persekolahan

Iklan
Hanafiah

KUALA TERENGGANU – Hampir 86,000 murid tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah (B40) di Terengganu menerima bantuan persekolahan dari kerajaan negeri pada tahun ini membabitkan peruntukkan sebanyak RM9.46 juta.

Iklan
Iklan

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, jumlah itu meningkat berbanding lebih 60,000 orang penerima melibatkan peruntukan RM6.6 juta pada tahun lepas.

Menurutnya, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah memulakan agihan bantuan persekolahan tersebut bermula 2 Februari lalu dan ia dijangka selesai hari ini (15 Mac).

Iklan

"Daerah pertama yang memulakan agihan adalah daerah Marang iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan agihan terakhir ialah di DUN Permaisuri bagi daerah Setiu.

"Kemudian data tersebut disalurkan kepada YPKT untuk proses penyediaan pakaian itu dan agihan dijalankan bersama PKM serta i-MITS di tempat dan yang telah ditetapkan oleh ADUN masing-masing," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zuraida Md Noor (ADUN Wanita) mengenai perkembangan bantuan persekolahan yang diuruskan YPKT pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Jelas Hanafiah yang juga ADUN Chukai, sebarang masalah yang timbul selepas agihan bantuan seperti saiz tidak sesuai akan diuruskan oleh YPKT.

"Proses penukaran ini akan di buat selama sebulan bermula 14 Mac hingga 14 April nanti bertempat di PKM atau i-MITS masing-masing.

"Bagaimanapun, sebarang perubahan tempat penukaran boleh dibincangkan dan ditetapkan kemudian di peringkat DUN selepas ini,” katanya.