Langkah kanan Zii Jia di Birmingham

Iklan
Zii Jia mudah menewaskan pemain Thailand pada pusingan awal Seluruh England pada Rabu. - Foto: Badminton Photo.

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Seluruh England selepas mengalahkan Sitthikom Thammasin dari Thailand pada Rabu.

Zii Jia yang menghuni ranking keempat dunia mempamerkan aksi mantap untuk melakar kemenangan 21-21, 21-15 dalam pertembungan yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham itu.

Iklan
Iklan

Pengalaman yang dimiliki Zii Jia memisahkan mereka, biarpun Sitthikom yang berada di ranking ke-33 dunia cuba memberi saingan sengit.

Ia permulaan positif buat pemain dari Alor Setar, Kedah itu untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan badminton tertua dunia itu.

Iklan

Pemain berusia 25 tahun itu masih dihantui badi kalah awal setelah mengalami kekalahan keempat berturut-turut dengan terbaharu di Terbuka Jerman minggu lalu.

Zii Jia sebelum ini kecundang pada pusingan kedua Terbuka Malaysia dan India serta Masters Indonesia.

Iklan

Pada pusingan seterusnya, Zii Jia dijangka menentang Kenta Nishimito dari Jepun atau atau pemain Kanada, Brian Yang untuk meraih tiket ke suku akhir.