OpenAcademy 2.0 platform bantu cipta kandungan digital

Iklan
Celine Ting

APLIKASI OpenAcademy iaitu aplikasi interaktif yang memberi fokus kepada pembelajaran dan perkongsian kandungan digital oleh pemain industri berpengalaman kepada pengguna baharu yang ingin mula mencipta hub kandungan media milik mereka, kini dinaik taraf kepada versi 2.0.

Pengarah Urusan OpenAcademy, Celine Ting berkata, pembaharuan aplikasi ini adalah untuk menyampaikan program pembelajaran interaktif kepada pakar industri, syarikat dan pelajar untuk meningkatkan pengalaman sekali gus menjadikan mereka pencipta kandungan.

Iklan
Iklan

"Kami mahu memberi peluang kepada individu dari pelbagai latar belakang,pengalaman dan industri untuk belajar lebih mudah dengan OpenAcademy," katanya dalam majlis pelancaran aplikasi tersebut pada Rabu.

Tambahnya, dengan pelancaran versi 2.0 dalam aplikasi baharu ini akan membawa pengguna dan pencipta kandungan lebih maju ke hadapan.

Iklan

Ujarnya, dengan perubahan teknologi membantu lebih ramai masyarakat untuk mencipta pengetahuan dan pada masa sama menjana pendapatan sebagai pencipta kandungan digital.

"Kami akan terus meningkatkan kualiti aplikasi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke masa.

Iklan

"Aplikasi ini menawarkan lebih 500 video dan 500 bahan pendidikan interaktif oleh pakar dari semua industri termasuk pemasaran digital, penjenamaan, keusahawanan, kepimpinan dan penciptaan kandungan,"katanya.

Dalam pada itu, Celine berkata, pengguna yang ingin mula mencipta kandungan digital boleh memuat turun aplikasi tersebut secara percuma selain terdapat beberapa pakej pelan ditawarkan.

Jelasnya, pengguna boleh membeli kredit kandungan serendah RM4.99 untuk melanggan pencipta kandungan yang mereka minati dan mencipta video melalui aplikasi tersebut.

"Terdapat tiga pelan untuk pengguna iaitu pelan percuma yang mempunyai limitasi akses kepada kandungan video kami dan pelan tahunan berjumlah RM369.99 dengan bayaran RM1 untuk sehari serta pelan bulanan sebanyak RM67.99.

"Pelan tahunan dan bulanan melalui aplikasi kami akan memberi akses kepada pengguna untuk menonton video baharu pada setiap minggu termasuk proses konsultasi untuk bayaran kandungan digital, menulis artikel, infografik, podcast dan juga majalah,” jelasnya.