Pelan tindakan industri buluh beri nafas baharu

Iklan

KUALA LUMPUR - Kementerian Industri Utama akan bertemu dan berbincang dengan pemain industri dan agensi kerajaan untuk mengkaji Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2011-2020 dan merangka satu dasar untuk menambah baik eksport komoditi itu.

Menterinya, Teresa Kok Suh Sim berkata, perlu ada perbincangan terperinci bagi mengetahui mengapa pelan sebelum ini tidak berjaya yang mengakibatkan eksport buluh yang lebih rendah.

Iklan
Iklan

"Di peringkat global, nilai eksport buluh berjumlah US$68.8 bilion (US$1 =RM 4.13), manakala nilai eksport buluh Malaysia lebih sedikit daripada RM102,000 tahun lepas (daripada RM300,000 dicatatkan pada 2017)," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Teresa berkata, China, India dan Taiwan ketika kini menguasai pasaran buluh dan menggesa para peserta industri tempatan untuk memanfaatkan permintaan pasaran yang besar itu untuk meningkatkan sumbangan hasil buluh, walaupun beliau mengambil maklum bahawa komitmen kerajaan adalah penting.

Iklan

"Kami berharap menerusi dasar baharu, kita dapat mempelbagaikan penggunaan buluh sebagai contoh ia boleh digunakan untuk lantai, yang mana telah mendapat sambutan positif daripada Amerika Syarikat, malah Jepun juga menyukai lantai buluh," katanya sambil menambah topik ini juga telah dibincangkan di Parlimen dan diterima dengan baik.

Beliau juga berkata, kerajaan berharap dapat bekerjasama dengan sektor swasta untuk mewujudkan lebih banyak kilang pemprosesan buluh.

Iklan

Ketika ini terdapat 100 pemproses buluh di seluruh negara, kebanyakannya perusahaan kecil dan sederhana.

Semenanjung Malaysia mempunyai 329,000 hektar ladang buluh, mewakili 31 peratus daripada kawasan penanaman buluh negara berbanding Sarawak (45 peratus) dan Sabah (24 peratus).

Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2011-2020, diwujudkan untuk meningkatkan industri, mempunyai lima teras strategik - penubuhan ladang buluh dan pengurusan sumber alam semula jadi yang mampan; sumber manusia dan pembangunan modal; pembangunan produk nilai tambah; penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran, perdagangan dan promosi. - Bernama