Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja

Iklan
Kamarul Zaman

JOHOR BAHRU - Polis Johor setakat ini telah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

Iklan
Iklan

Polis Johor turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidak harmonian dan kegentaran awam. - Bernama

Iklan
Iklan