HASRAT beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah jauh dalam kejohanan badminton Seluruh England 2023 terbantut, selepas tewas seawal pusingan pertama, awal pagi tadi.
Soon Huat-Shevon pilihan ketujuh kejohanan, ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 10-21, 14-21 di tangan gandingan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, dalam masa 34 minit di Arena Utilita Birmingham itu.