KPM jelaskan PPDUEC tidak hantar laporan UEC

Iklan
Fadhlina - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) walaupun tempoh kajian dilanjutkan sebanyak enam kali.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, memandangkan tempoh kajian tidak dilanjutkan dan telah tamat, maka keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh yang sama.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan terma rujukan PPDUEC, tempoh untuk mengemukakan laporan kajian kepada KPM adalah tiga hingga enam bulan bermula 29 November 2018.

"Tempoh kajian telah dilanjutkan sebanyak enam kali sehingga tamat pada 29 Februari 2020. Bagaimanapun, sehingga tarikh akhir tersebut PPDUEC masih belum menyerahkan laporan kajian berkenaan,” katanya dalam jawapan lisan yang dipaparkan di laman web Parlimen pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, memandangkan tempoh kajian tidak dilanjutkan dan telah tamat, maka keanggotaan PPDUEC juga tamat secara automatik pada tarikh sama.

Tambah Fadhlina, sehingga kini pihaknya belum mempunyai perancangan bagi mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Iklan

"Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550],” ujar beliau.