Rakyat Pulau Pinang makin cakna hak pengguna

Iklan
Mogan melepaskan peserta program jejak penggunaan 2023 yang diadakan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Pulau Pinang.

SEBERANG JAYA - Masyarakat di negeri ini semakin cakna dengan hak-hak pengguna dan mampu membuat pilihan serta tindakan terbaik daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A Mogan berkata, peningkatan kesedaran dalam isu kepenggunaan itu dapat dilihat apabila pihaknya menerima 1,668 aduan atas pelbagai kesalahan pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aduan berkaitan Akta Perlindungan Pengguna 1999 paling banyak diterima pihaknya iaitu sebanyak 476 aduan yang mana ia melibatkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, harga barangan yang dijual tidak sama dengan harga yang dipamerkan serta banyak lagi.

"Kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 pula kita menerima 476 aduan disusuli dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (67) dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 2000 (53).

Iklan

"Bagi tahun ini dari Januari sehingga Mac, kita menerima sebanyak 424 aduan dan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 juga yang tertinggi diterima iaitu 263 aduan," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Pengguna Kebangsaan Peringkat Pulau Pinang di sini pada Khamis.

Mogan yang juga Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang berkata, pihaknya akan memastikan setiap aduan yang diterima daripada pengguna akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh tiga hari.

Iklan

Katanya, selain mengambil tindakan produktif kepada aduan yang diterima melalui saluran hotline disediakan KPDN, pihaknya juga mempunyai pegawai yang memantau keluhan pengguna yang tular di media sosial.

"Dengan kesedaran yang semakin baik sudah pasti pengguna dapat pastikan lapan perkara penting atau hak mereka dapat dipenuhi.

"Ia termasuk hak mendapatkan keperluan asas, hak mendapatkan maklumat, hak mendapatkan keselamatan, hak menyuarakan pendapat, hak pendidikan pengguna, membuat pilihan mendapatkan ganti rugi dan hak mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat," katanya.