Sidang DUN: INSAN dijangka bermula April

Iklan
Teng Chang Khim

SHAH ALAM - Pelaksanaan program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) berteraskan kaedah patuh syariah dijangka dimulakan pada April.

Exco Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim bagaimanapun berkata, pelaksanaannya tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian dengan pembekal perkhidmatan takaful yang dipilih.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang berkata, setakat ini jemputan bagi perkhidmatan takaful diberikan kepada empat syarikat untuk menyertai permohonan sebut harga.

"Kerajaan negeri juga akan kekal menyediakan pilihan antara kaedah konvensional atau takaful bagi memastikan perlindungan insurans ini dimanfaatkan semua lapisan masyarakat,” katanya pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Syamsul Firdaus Mohamed Sukri (Taman Medan-PKR) mengenai perlaksanaan Insuran Am Selangor atau INSAN dengan mekanisme patuh syariah atau takaful dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Chang Khim berkata, kerajaan negeri juga sentiasa mengambil berat cadangan penambahbaikan program tersebut.

Iklan

Program INSAN adalah perlindungan insurans am berkumpulan sehingga RM10,000, yang ditawarkan kepada enam juta rakyat Selangor berumur dari 30 hari hingga 80 tahun.