230kg ikan basah dari Indonesia dirampas

Iklan
Pemeriksaan dilakukan ke atas rampasan pelbagai jenis ikan basah yang dibawa masuk tanpa permit di pintu masuk Pelabuhan Lumut pada Rabu. Foto: Maqis Perak

MANJUNG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas 230 kilogram ikan basah yang dibawa masuk dari Indonesia tanpa permit di Pelabuhan Lumut di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Perak, Mohd Noor Hashim berkata, rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan rutin bagi barangan import di pintu masuk pelabuhan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM5,000 itu termasuklah ikan kerapu, merah, jenahak, tenggiri, kerisi, udang harimau dan udang galah.

"Perbuatan mengimport dagangan tanpa permit yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Rampasan pelbagai jenis ikan basah yang dibawa masuk tanpa permit di pintu masuk Pelabuhan Lumut pada Rabu. Foto Maqis Perak

Iklan

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

Iklan

Katanya, langkah itu bagi memastikan tumbuhan, haiwan, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.