SHAH ALAM - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mensasarkan matlamat sifar ketirisan dan rasuah dalam organisasi tersebut bagi memastikan semua usaha yang dirancang berjalan lancar.
Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala aspek pengoperasian di institusi itu sama ada perolehan, perbelanjaan, pelaksanaan agenda pembangunan keusahawanan dan pendidikan perlu mengelakkan sebarang pembaziran.
Iklan
Iklan
"Saranan aspek pengoperasian perlu bebas daripada pelbagai bentuk penyelewengan, korupsi dan juga ketirisan,”ujarnya dalam hantaran Facebook pada Khamis.
Sinar Harian melaporkan pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau sendiri sudah menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi yang dilaksanakan di pejabat kementerian berkenaan pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut berharap dengan lantikan ini dapat membantu Mara menjadi sebuah organisasi yang lebih baik.
"Amanah ini penting dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar memperoleh kebahagiaan dan ketenangan hidup seluruh anggota keluarga,”katanya.