JDT siap siaga bertembung Gergasi Merah

Iklan
Bergson belum pasti beraksi menentang Selangor di Stadium MBPJ pada Jumaat. - Foto FB JOHOR SOUTHERN TIGERS

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) cukup bermotivasi dan bersemangat menjelang aksi Liga Super berdepan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, anak-anak buahnya sudah bersedia menghadapi 'gelora' di Kelana Jaya dalam usaha mereka mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super.

Iklan
Iklan

"Selangor FC merupakan pasukan yang kuat, memiliki jurulatih yang bagus dan mereka beraksi di pentas final musim lalu. Jadi ini merupakan satu perlawanan yang besar buat kami.

"Saya sedar tekanan tinggi menjelang perlawanan itu nanti, tetapi kami mahu enjoy dengan tekanan itu dan melakukan persiapan secukupnya untuk menghadapi Selangor.

Iklan

"Apapun ia bukan satu tugas yang mudah kerana kami perlu bekerja lebih keras bagi mengekang Selangor yang memiliki ramai pemain berkualiti ketika ini,” katanya.

JDT kini gah di puncak liga dengan 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut, manakala Selangor di tangga ketiga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan seri sekali setakat ini.

Iklan

Mengulas mengenai masalah kecederaan penyerang import, Bergson Da Silva, Solari berkata, dia tidak mahu terburu-buru menurunkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu itu.

"Sekiranya Bergson tidak dapat beraksi menentang Selangor, kami masih ada beberapa pemain termasuk pemain muda yang boleh mengisi tempatnya di barisan serangan.

"Kami tidak mahu menanggung risiko menurunkan pemain yang masih belum cergas, tambahan pula pada perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.

"Jadi siapa juga yang diturunkan nanti, diharapkan bersedia secukupnya dan memberikan aksi terbaik bagi menjamin kemenangan pasukan,” jelasnya.