Seluruh England: Tze Yong kejutkan Axelsen

Iklan
Tze Yong menempah tiket suku akhir Seluruh England selepas mengejutkan Axelsen di Birmingham sebentar tadi.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan jaguh nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Birmingham itu, Tze Yong meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set 21-15, 9-21, 23-21, sekali gus melakar kejayaan terbesar dalam kariernya.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu dianggap cukup manis buat Tze Yong apabila dapat menyingkirkan Axelsen yang tampil selaku penyandang juara dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu, dua beregu negara gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila terkandas di pusingan kedua kepada lawan masing-masing.

Iklan

Beregu profesional lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tewas 18-21, 18-21 kepada penyandang juara dari Indonesia, Muhammad Shohubul Fikri-Bagas Maulana.

Tampil sebagai pilihan kelapan kejohanan, Ee Yi-Yew Sin sebelum itu menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin pada pusingan pertama.

Iklan

Beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula ditunjuk jalan keluar apabila tewas 12-21, 21-11, 19-21 kepada naib juara edisi 2021, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun.