Remaja tercucuk anak panah di hidung sewaktu menangkap ikan

Iklan
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis. - Foto JBPM

RANAU - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis.

Mangsa yang bersama rakannya sewaktu kejadian kemudian dikejarkan ke Hospital Ranau pada jam 4.30 petang sejurus kemalangan itu berlaku.

Iklan
Iklan

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukannya menerima panggilan pada jam 4.59 petang daripada pihak hospital setelah cubaan mengeluarkan anak panah tersebut tidak berjaya.

Tiga orang pegawai bomba kemudian diarahkan ke hospital berkenaan bagi menjalankan operasi mengeluarkan anak panah terbabit.

Iklan

"Sejurus tiba, pasukan Bomba bertindak memotong anak panah dengan menggunakan bolt cutter.

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya", menurut kenyataan dikeluarkan itu.

Iklan

Operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang, selepas 10 minit usaha mengeluarkan anak panah tersebut berjaya. - Awani