LAHAD DATU - Menerima tawaran ke sekolah berasrama adalah saat ditunggu bagi setiap pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu.
Namun sebelum melangkah kaki ke sekolah tersebut, pastinya mereka akan disaring terlebih dahulu dan ternyata Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah telah menyediakan pendekatan berbeza bagi kemasukan pelajar baharu mereka.
Ujian mengosok baju? mungkin tidak pernah terfikir dalam kalangan para pelajar mahupun para ibu bapa, tetapi itulah yang berlaku di sekolah tersebut.
Pelajar baharu perlu melepasi ujian dengan mengosok baju sebelum diterima masuk ke sekolah tersebut.
"Baguslah, nanti kalau perhimpunan pagi tidak sakit mata melihat pelajar memakai baju berkedut-kedut," katanya turut memuatnaik beberapa keping foto aksi pelajar sedang mengosok baju.
Ciapan Mohd Hasif mendapat reaksi positif dari netizen yang melihat pendekatan itu terbaik bagi mendidik remaja kini untuk berdikari.
HidayatSofi berkata, laksanakan ujian ini adalah perkara bagus kerana zaman kini ramai remaja terlalu manja dengan membiarkan ibunya mengosok baju mereka.
Kenyataan itu juga disokong oleh hasifgan dengan menyarankan agar semua sekolah melaksanakan ujian sedemikian termasuk ujian mencuci baju.
Bagi anhesya, turut memuji tindakan pihak sekolah malah dikatakan ia idea yang bagus demi mendisplikan para pelajar.
Menerusi perkongsian tersebut, sehingga kini Twitter ini menerima ciapan 9,200 dan 6,500 tanda suka dari netizen.