Tarawih: Selangor larang guna khidmat imam luar negara

Iklan
Pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Zawawi)

SHAH ALAM - Pentadbir masjid, surau dan musolla di Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.

Iklan

"Pelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.

Iklan

Tambah beliau, berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga

"Selain itu, individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau," katanya.