TOTTENHAM Hotspur menaruh harap agar dapat mengekalkan Harry Kane sehingga penghujung karier penyerang itu, kata Antonio Conte.
Ketika masa depan Conte bersama pasukan itu mencetuskan tanda tanya, pengurus Itali itu yakin Spurs akan melakukan segala yang termampu untuk mengekalkan Kane bersama mereka untuk tempoh yang lama.
Iklan
Iklan
"Saya fikir ia soalan buat kelab ini. Sudah pasti kelab ini mahu bersama Harry Kane sepanjang kariernya. Itu pandangan saya,” ujar Conte.
Kane menjaringkan gol berganda ke atas Nottingham Forest hujung minggu lalu untuk Spurs mengumpulkan 20 jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Kontrak Kane akan berakhir hujung musim ini dan Spurs dilaporkan terdesak untuk mengekalkan khidmat pemain berusia 29 tahun itu.
"Adakalanya perkara yang tidak terduga akan berlaku tetapi bukan tugas saya untuk membuat keputusan itu.
"Ia satu keputusan yang perlu dibuat kelab ini dan Harry,” katanya.