'Datuk Roy' direman lagi

Iklan
'Datuk Roy' direman empat hari sehingga Isnin depan untuk siasatan kes penipuan berkaitan Jana Wibawa.

PUTRAJAYA - Seorang individu dikenali sebagai 'Datuk Roy' yang ditahan semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman selama empat hari bermula Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas menerima permohonan lanjut reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman terbabit.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan lelaki itu telah direman selama tiga hari oleh Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin lalu sebelum ditahan semula di Pejabat SPRM, jam 3.45 petang, Rabu.

Iklan

Majistret Kuala Lumpur memerintahkan lelaki itu direman bagi membantu siasatan berhubung dana Jana Wibawa.

Siasatan kes Jana Wibawa dibuat Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Iklan

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.