Pasukan simpanan persekutuan

Iklan
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali (depan, tengah) bergambar bersama pegawai kanan serta peserta kursus pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Kursus Asas menunggang Kuda Siri 1/2023 di Kompleks PSP, Unit 6, Wakaf Tapai hari ini.

Seramai lima Pegawai Kanan Polis dan 128 Pegawai Rendah Polis mengikuti kursus Asas Pasukan Simpanan Persekutuan yang bermula pada 20 Januari lepas di mana peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai teori dan praktikal kawad cegah rusuhan, pengetahuan mengenai ancaman serta kefahaman berkaitan peristiwa ketenteraman awam.

Bagi Kursus Asas Menunggang Kuda yang dijalankan di Pengkalan Unit Berkuda, Cheras, sejak 12 Februari lepas disertai enam Pegawai Kanan Polis dan 23 Pegawai Rendah Polis.

-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA