KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi situasi semasa keselamatan negara dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama serta kaum.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, tahap keselamatan semasa adalah terkawal.