Lapan maut ditimpa guni kentang

Iklan
Stor menyimpan guni kentang runtuh di India menyebabkan lapan orang maut pada pagi Khamis. - Foto Agensi

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 11 lagi berjaya diselamatkan selepas bumbung bangunan menyimpan makanan sejuk dilaporkan runtuh di daerah Sambhal pada pagi Khamis.

Kejadian berlaku di perbandaran Chandausi apabila bumbung bangunan yang digunakan menyimpan guni kentang runtuh ketika pekerja sedang sibuk memunggah barang.

Iklan
Iklan

Pasukan Tindakan Bencana Negeri (SDRF) dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan dan operasi menyelamat kini sedang dilakukan untuk menyelamatkan pekerja yang masih terperangkap dalam bangunan itu.

"NDRF sedang mencari mangsa masih terperangkap dengan menggunakan anjing pengesan. Kami menambah anggota supaya usaha menyelamatkan dilakukan dengan pantas," kata jurucakap NDRF.

Iklan

Majistret daerah Sambhal, Manish Bansal berkata, seramai 12 pekerja berjaya diselamatkan dan beberapa orang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Menurut penduduk tempatan, insiden berlaku selepas rak yang menempatkan kentang patah akibat terlebih muatan menyebabkannya runtuh dan menimpa pekerja di dalam bangunan tersebut. - Agensi

Iklan