Penyandang juara, Real Madrid bakal berdepan Chelsea, manakala Manchester City dijadualkan menentang Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.
Pendahulu Serie A, Napoli pula akan berdepan AC Milan untuk pertemuan sesama kelab Itali, manakala satu lagi wakil Serie A, Inter Milan menentang pendahulu Liga Portugal, Benfica.
Iklan
Iklan
Pemenang di antara Real dan Chelsea akan berdepan City atau Bayern dalam aksi separuh akhir, sekali gus membuka peluang buat wakil England itu bertemu sesama sendiri.
Saingan suku akhir akan berlangsung pada 11 dan 12 April, dengan Real akan melayani kunjungan Chelsea terlebih dulu di Santiago Bernabeu sebelum berkunjung ke London untuk aksi timbal balik seminggu kemudian.
Saingan separuh akhir akan berlangsung Mei dengan aksi final di Istanbul dijadualkan pada 10 Jun depan.