Rungkai masalah pengangkutan

Iklan
Anthony Loke

SHAH ALAM - Town Hall Rakyat bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada 20 Mac ini membuka peluang kepada orang ramai untuk mengajukan apa jua pertanyaan membina berkaitan sistem pengangkutan negara.

Anthony berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pertanyaan yang bernas dalam kalangan penonton dan akan cuba menjawab sebaik mungkin.

Iklan
Iklan

"Terima kasih Sinar Harian memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan orang ramai dalam program berbentuk town hall,” katanya.

Beliau berkata, platform itu juga membantu pihaknya memahami denyut nadi rakyat dalam masalah berkaitan sistem pengangkutan negara.

Iklan

"Maklum balas daripada pembaca membolehkan saya merangka dasar pengangkutan yang lebih menyebelahi rakyat khususnya.

"Saya berharap program ini dapat memberi wacana yang lebih baik ke atas dasar kerajaan,” jelasnya.

Iklan

Sesi Town Hall Rakyat kali ini bakal menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi berkaitan termasuk industri e-hailing.

Edisi pertama Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil diadakan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 6 Mac lalu mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300 pengunjung.

Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang berlangsung pada 6 Mac lalu.

Program dianjurkan Sinar Harian itu melibatkan sesi soal jawab antara Fahmi dan penonton yang hadir bagi membincangkan pelbagai isu antaranya kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi dan keselamatan siber.

Town Hall Rakyat yang dihoskan oleh pelakon, Azhar Sulaiman itu merupakan platform interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya pelbagai isu kepada pemimpin yang diundang.