Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO

Iklan
Khir Toyo.

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran keras terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas didapati bersalah kerana melemparkan penghinaan dan tohmahan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Pengerusinya, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Mohamad Khir didapati berbuat demikian menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.

Iklan
Iklan

Pada 8 Mac, Mohamad Khir didakwa melemparkan dakwaan dan tohmahan terhadap Jamal kerana ingin mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar meskipun telah kalah 7,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pertuduhan kedua pada 5 Mac pula menyaksikan beliau telah membuat kenyataan terbuka mengeji dan menghina Jamal dalam kenyataan yang bertajuk ‘Amalan gangsterisme rugikan UMNO'.

Iklan

Sementara itu, dakwaan yang dilemparkan Mohamad Khir pada 1 Mac adalah kerana membuat kenyataan terbuka bertajuk ‘Khir Toyo Buat Kemunculan Semula, Mahu Bantu Anak Muda Sungai Besar’ dengan niat mendapatkan sokongan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar.

Mohd Hafarizam di dalam surat tersebut bagaimanapun menyatakan bahawa Mohamad Khir boleh berbuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.

Iklan

"Sekiranya Dr Khir Toyo tidak berpuas hati dengan hukuman lembaga disiplin seperti di atas, selaras dengan Fasal 20.6 Perlembagaan UMNO, beliau bolehlah merayu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” ujarnya.