Empat maut helikopter terhempas di Brazil

Iklan
Empat terbunuh dalam kejadian sebuah helikopter terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat.
SAO PAULO - Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut Jabatan Bomba.

Insiden berlaku pada jam 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar itu, menurut ciapan Jabatan Bomba menerusi akaun Twitternya.

Menurut media tempatan, helikopter Robinson R44 Raven II dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara, lapor Xinhua.

Sao Paulo mempunyai 411 helikopter persendirian berdaftar, dengan 2,200 perjalanan harian direkodkan untuk 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil. - Bernama