Guna burung pungguk jelapang di ladang sawit

Iklan
Dr. Hasber (kanan) memberi penerangan kepada Zamakhshari berhubung penggunaan burung pungguk jelapang bagi mengawal populasi tikus perosak di ladang kelapa sawit.

MPOGCF, BORG USM taja sarang burung pungguk jelapang, kawal tikus perosak

Dr. Hasber (kanan) memberi penerangan kepada Zamakhshari berhubung penggunaan burung pungguk jelapang bagi mengawal populasi tikus perosak di ladang kelapa sawit.

BANDAR BAHARU - Penggunaan burung pungguk jelapang di ladang sawit mampu mengawal dan mengurangkan populasi tikus perosak sekali gus meminimumkan penggunaan racun kimia berbahaya.

Iklan
Iklan

Bagi golongan pekebun kecil, kewujudan burung pungguk jelapang ini sudah pastinya akan menjadi lebih penting kerana tidak perlu bergantung pada racun tikus yang sering dikaitkan dengan kesan kimia berbahaya terhadap biodiversiti di ladang sawit dan rantaian makanannya.

Burung pungguk jelapang berkenaan yang mampu membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti di ladang sawit ditaja oleh Yayasan Pemulihan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) Universiti Sains Malaysia (USM).

Peserta BOSI diberi penerangan dan demonstrasi pemasangan sarang buatan burung pungguk jelapang.

Iklan

Menurut Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad, setiap peserta Barn Owl for Oil Palm Smallholders Initiative (BOSI) dibekalkan kotak sarang buatan yang akan dipasang di ladang sawit mereka di Mukim Bagan Samak.

"Sebanyak 20 sarang buatan akan dipasang di mana proses pemasangan merangkumi penggunaan teknik pemetaan GPS bagi memastikan kotak sarang tiruan diagihkan secara sama rata pada ketumpatan satu kotak setiap keluasan lima hektar.

ZAMAKHSHARI

Iklan

"MPOGCF yakin ia dapat meningkatkan kesedaran tentang keberkesanan mewujudkan populasi burung pungguk jelapang tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang dalam pengurusan mampan haiwan perosak di ladang sawit serta meningkatkan kualiti hasil ladang,” ujarnya.

Zamakhshari berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran BOSI di Masjid Al-Huda di sini pada Selasa. Hadir sama, Penasihat BORG USM, Dr Abu Hassan Ahmad.

Pemuliharaan dan kemampanan

Menurut Zamakhshari, MPOGCF sentiasa komited dalam menyokong usaha pemuliharaan dan kemampanan khususnya berkaitan dengan industri sawit.

Peserta BOSI diberi penerangan dan demonstrasi pemasangan sarang buatan burung pungguk jelapang.


"Kita yakin dengan pelaksanaan BOSI, ia dapat meningkatkan kesedaran pekebun kecil mengenai keberkesanan menggunakan pungguk jelapang sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah haiwan perosak itu,” katanya.

HASBER

Ketua Penyelidik BORG USM, Dr Hasber Salim pula berkata, sepasang burung pungguk jelapang dan anak-anaknya mampu makan kira-kira 1,300 ekor tikus setahun di mana kajian menunjukkan bahawa tikus merangkumi sehingga 99 peratus diet burung tersebut.

Burung pungguk jelapang

"Penggunaan burung pungguk jelapang telah lama dimanfaatkan dalam industri namun kali ini, kita berhasrat mahu bantu pekebun kecil.

"Kita tahu penggunaan kawalan kimia lebih meluas kerana mudah diperoleh dan cara gunanya ditabur sahaja, tetapi untuk jangka masa panjang kemungkinan berisiko memberi kesan toksik bukan sahaja kepada haiwan perosak malah kepada kehidupan manusia.

Peserta BOSI mendengar penerangan berhubung penggunaan burung pungguk jelapang bagi mengawal populasi tikus perosak di ladang kelapa sawit.

"Pendekatan biologi yang kita guna ini dapat mengawal tikus dalam masa sama memelihara alam sekitar,” katanya.

Selain itu, seorang peserta, Ibrahim Mat, 78, berkata, kaedah semula jadi itu diharapkan mampu meningkatkan kualiti dan mengurangkan risiko kerosakan tanaman akibat penggunaan racun kimia.

"Kalau nak pasang, saya setuju kerana belum pernah digunakan, namun boleh cuba,” jelasnya.

Pengurus Besar MPOGCF ketika berucap pada majlis pelancaran BOSI di Masjid Al-Huda di sini pada Selasa.