SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak gentar dengan ugutan sesetengah pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya ketika ini.
Malah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ‘mempersilakan' tindakan sedemikian walaupun ketika ini menerima pelbagai desakan, tekanan serta ugutan.
Tegas Anwar, beliau tidak gentar bahkan bersedia untuk menghadapi sebarang serangan yang direncana untuk menjatuhkannya.
"Ini gelanggang saya, empat bulan saya bersabar, saya bicara secara teratur (dan) hari ini saya bicara sebagai Presiden PKR (iaitu) gerakan reformasi. Saudara mahu ugut kita dengan mengadakan perhimpunan, ugut kita takut untuk bertindak perangi perasuah, saudara salah pilih Perdana Menteri.
"Saya tak makan ugutan itu, ada kuasa kita laksanakan, kamu cuba nak rampas (kerajaan), silakan tetapi tidak mudah (kerana) kita siap dengan keris, membujur lalu melintang patah,” katanya ketika ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati pada Sabtu.

Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu.