Mayat lelaki dipercayai peniaga hilang di Bukit Beruang ditemui

Iklan
Kenderaan polis memasuki laluan pendakian Bukti Beruang pada Sabtu.

MELAKA - Sekumpulan pendaki menemui mayat seorang lelaki pada Sabtu dipercayai Steven Tan Kim Huat pendaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Beruang Hill pada petang Selasa lalu.

Mayat peniaga berusia 45 tahun itu ditemukan pendaki bersama pihak berkuasa yang mencari mangsa selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Iklan
Iklan

Tinjauan di lokasi mendapati laluan masuk dipenuhi anggota polis dan bomba untuk melakukan operasi membawa keluar mayat mangsa.

Mayat mangsa dipercayai ditemukan di lokasi pendakian CP1 di kawasan tebing curam bukit.

Iklan

Selain itu, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat tiba pada jam 11.50 pagi menuju ke bukit rekreasi terbabit

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pos kawalan tempat kejadian (PKTK) agensi yang melakukan SAR telah ditutup jam 3 petang pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, ia ditutup setelah pencarian orang hilang masih belum ditemui meskipun sudah empat hari pencarian dilakukan di seluruh kawasan bukit terbabit