Umno ditimpa malapetaka

Iklan
Mohammad Nizar Jamaluddin

IPOH - Tindakan pimpinan Umno Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti berkenaan nyata menggambarkan Umno kini ditimpa malapetaka.

Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara berkenaan juga memberi gambaran bahawa Umno ibarat bahtera sedang mengalami gegaran untuk karam.

Iklan
Iklan

"Saya berasa kagum bagaimana hampir keseluruhan Ahli Parlimen, wakil rakyat dan juga senator-senator habis tinggalkan Umno-BN.

"Ini menunjukkan parti itu akan karam. Tetapi sebelum karam, tikus-tikus akan berkeliaran lari dan inilah fenomena yang berlaku sekarang. Untuk apa saya tak tahulah, tapi saya menggambarkan begitu. Jadi ini satu malapetaka buat mereka. Kita minta mereka bersabar sahaja dan saya harap yang ada di Perak pun tinggalkanlah yang 'karam' itu," katanya pada sidang media, petang tadi.

Iklan

Mohammad Nizar berkata demikian bagi mengulas tindakan 13 ahli Umno termasuk pemimpin kanan di Sabah bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas kerana tidak yakin dengan hala tuju parti itu di negeri berkenaan.

Situasi berkenaan turut menyaksikan lima Ahli Parlimen, Sembilan Adun, 21 ketua bahagian dan dua senator mengumumkan keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Iklan

Difahamkan, kesemua pemimpin Umno Sabah dan wakil rakyat yang meninggalkan Umno juga akan menjadi wakil Bebas dan memberi sokongan kepada kerajaan PH.

Sementara itu, Mohammad Nizar tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang meninggalkan parti berkenaan akan menyertai PH.

"Buat masa ini mereka hanya sebagai 'Bebas' dan belum tentu PH akan menerima mereka sepenuhnya.

"Selepas beberapa kajian dibuat kita tak mahu nanti ada perkara tak baik berlaku," katanya.