Pemandu lori, kelindan maut rempuh treler rosak

Iklan
Seorang pemandu dan kelindan maut selepas lori muatan cat dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Sabtu.

GUA MUSANG - Seorang pemandu dan kelindan maut selepas lori muatan cat dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa yang berusia 25 dan 26 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan lanjut mendapati lori yang dinaiki kedua-dua mangsa itu dari arah Gua Musang menuju ke Kota Bharu telah melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan besi.

"Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang dari tempat tersepit," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurut beliau, jenazah mereka kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut dan siasatan lanjut masih dijalankan

Iklan

Choon Foo memberitahu, Polis ingin mengingatkan kepada pemandu atau pemilik supaya tidak meninggalkan kenderaan tanpa jagaan seperti mana mengikut Kaedah 53 dalam Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/1959.

Selain itu tambahnya, kenderaan yang rosak juga tidak boleh ditinggalkan tanpa lampu di atas jalan yang gelap pada waktu malam yang bertentangan dengan Kaedah 42 dalam Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 165/1959.

"Pemilik kenderaan perlu meletakkan segi tiga keselamatan pada jarak tidak kurang dari 0.5 meter dari belakang kenderaan dan dalam kedudukan segi tiga keselamatan itu memberikan amaran awal tentang kenderaan yang tidak bergerak pada kenderaan yang menghampirinya dari arah belakang.

Beliau memberitahu, sekiranya pemandu gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksima RM2000 bagi setiap kesalahan.

Caption

Seorang pemandu dan kelindan maut selepas lori muatan cat dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler yang rosak di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Sabtu.