Anak muda berperanan lawan tohmahan pihak lawan

Iklan
Mohammed Taufiq - Foto: SINAR HARIAN/ Mohd Rafiq Redzuan Hamzah.

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda (AMK) Kedah, Dr Mohammed Taufiq Johari mengingatkan generasi muda parti itu agar mempunyai tanggungjawab tinggi terhadap masa depan perjuangan PKR

Jelas beliau, peranan tersebut amat diperlukan memandangkan parti itu berdepan dengan saingan kuat daripada pihak lawan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Maka, hujah harus dibalas hujah. Akan tetapi siapakah yang akan bertanggungjawab dan menjadi benteng kepada perkara? Itulah adalah AMK,” katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Khas PKR di Stadium Melawati pada Sabtu.

Kongres yang bertema Malaysia Madani: Pelaksanaan sebuah Idealisma dirasmikan oleh presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Dalam pada itu, Mohammed Taufiq berkata, pendidikan politik terhadap anak muda di seluruh negara perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan mereka.

"Kita perlu suap kepada mereka tentang pendidikan sebuah demokrasi supaya mereka lebih cakna tentang politik dan perkara sebenar.

Iklan

"Usaha mengimplementasikan undi 18 dalam kalangan anak muda telah berjaya diterapkan, namun input rohani mereka terhadap perkara itu masih kurang,” ujarnya.

Jelas beliau, generasi tersebut harus sedar bahawa setiap undi yang diberikan berperanan penting terhadap masa hadapan negara.