Banjir: Dua PPS dibuka di Kuching

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

KUCHING - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuching dengan 160 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan akibat banjir susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS Dewan Sinar Budi Baru yang dibuka pada 3 petang tadi menempatkan 112 orang daripada 25 keluarga.

Iklan
Iklan

Kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Sinar Budi Baru di sini.

Sementara itu, PPS Dewan Stapok Batu Kawa yang turut dibuka pada 3 petang tadi menempatkan 48 orang daripada 16 keluarga dari kawasan Desa Wira. - Bernama

Iklan
Iklan